Sistem E-Khairat
Majlis Agama Islam Melaka

Dimaklumkan bahawa MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM) telah membangunkan ‘Sistem EKhairat MAIM’ secara online. E-Khairat adalah satu sistem yang dibangunkan untuk kemudahan Masyarakat, Jawatankuasa, Masjid, Pertubuhan dan Persatuan yang berhasrat membuat kutipan derma bagi sesuatu projek pembangunan / penambahbaikan untuk institusi keagamaan seperti Masjid, Surau, Sekolah Agama, Tanah Perkuburan Islam dan Insfrastruktur. Langkah-langkah permohonan e-Khairat boleh Klik Di sini.

Tujuan sistem ini adalah untuk:

  1. Permohonan kebenaran Pungutan Khairat di Negeri Melaka
  2. Membuat semakan permohonan
  3. Semakan maklumat untuk informasi orang awam

APLIKASI i-MAIM

Bagi mengenalpasti kesahihan kebenaran pungutan khairat yang dikeluarkan oleh MAIM, muat turun aplikasi i-MAIM di Google Play Store.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus Seksyen MAL, MAIM di talian seperti tertera dibawah

06-2837416 06-2849809

Carta Alir Proses Sistem E-Khairat

PERMOHONAN BARU

1) SILA ISI MAKLUMAT BAGI PROJEK ANDA
2) PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT ADALAH BENAR DAN TEPAT

PERMOHONAN ANDA SEDANG DI PROSES

3) SEMAKAN DOKUMEN 7 HARI BEKERJA
4) PROSES TAPISAN KESELAMATAN DI POLIS DIRAJA MALAYSIA SEKURANG-KURANGNYA 90 HARI BEKERJA
5) PROSES PENGELUARAN KAD KUASA & KELULUSAN SURAT KEBENARAN DALAM TEMPOH 7 HARI BEKERJA

PERMOHONAN TELAH DI LULUSKAN

6) ANDA AKAN DIHUBUNGI PIHAK MAIM
7) SURAT KEBENARAN & KAD KUASA PUNGUTAN KHAIRAT AKAN DISERAHKAN KEPADA PEMOHON